Saturday 5 January 2013

Spring Roll chicken for breakfast =='

   Hari ni memang tersangatlah awal breakfast . Pagi2 lepas subuh . lepas semua adik2 pegi sekolah , lepas dah rasa mcm takknak jer sambung tidur terus p bukak freezer cari ayam . Rasa mcm beku jer tgn sebab pagi2 lagy dah pegang ayam yang sejuk giga tu kan .

Lepastu rasa macam nak goreng nasik tapi tk jadi sebab nampak Pastri spring roll dlm peti ais tu .

Then bertungkus-lumus masak inti untuk spring roll tu . Gaya mcm chef tu memglah tak ada langsung , gaya mcm nak pecahkan dapur tu tersangatlah ada sebab memang bising gila time tgh2 prepare barg2 untuk inti tu . Suka2 jer baling pisau mangkuk plastik and bla bla seumpama dengannya tu .

Berbajukan t-shirt dan kain batik . rambut gerbang2 . dan aksi hentahpape kat dapur , akhirnya siap jugak Spring Roll Chicken tu .

Penat wuu ~ Terima kasih kepada mama tersayang . Tunjuk ajarku sifu pasal nak buat nie .

Teramatlah gembira bila dapat comment cakap sodaaappp :)

Tak susah dan tak senang cara nak buat . Ny pun baru first time buat .

 UNTUK INTI
guna ayam , kubis , tauge , benggali ( ikut suka hati nak campak banyak mane pun .
untuk tumis pulak , bawabg putih , bawang besar , udang kering , blackpaper sikit sebanyak , macam biasa garam , gula takpayah kot . lepastu goreng2 sume tu skaly . Angkat .


lepastu Gunalah Pastri Spring Roll tu , letak inti yg goreng tadi tu . Lepastu lipat2 roll2 lah Pastri tu . Then goreng , kejap jer benda ni masak . Angkat , dan makan .

Sekian TQ .

XOXOXO
 



Trip to Sabah . My after SPM holiday :)

Bulan lepas , i mean tahun lepas ler , on 28/11/2012 .  last paper for Account . dan tersangatlah gembira bila spm dah habisss . Merdeka lah sekejap :)

Lepastu , happy2 laa dengan friend2 untuk last day . Nanti dh tk boleh jumpa . Sebab awal2 lagi nak kena fly pergi KL ( 30/11/12 ) . Rindunyaa ..

Esoktu pulak , Fly lagy selama 2jam pergi Sabah . Holiday r . apo lagii >.<
OK tiket dah ada .
Tersangat lah Happy bila dapat pergi sabah .. lagi2 bila hati dah rasa freedomm . almaklumlah kerana baru habes exam kan .



So , selama perjalanan 2jam tu , kerjanya makan minum dan tengok movie sahaja .Menu masakan dalam fligth haritu is Nasi kandar lauk ikan dan Nasi ayam merah . Chocolate tobreleno dan kek . Minuman pulak macam2 ada , yg panas and sejuk dua2 ada . Lepastu bila perut dah kenyang , layan movie pulak .

Alhamdulillah selamat mendarat dekat lapangan terbang kat sana . Lepastu , pegi tuntut barang2 then takpayah susah2 nak kena tggu lama kat airport sebab dah ada myuncle ( paksumi ) yang awal2 lagi dah sampai sana tggu nak amik kiteorg .

Maka kiteorg seFamily pun bergerak lah pergi ke SuteraHobour hotel . Wahh ! tersangatlah cantik pemandangannya . Dari atas boleh nampak semuanya .



 Lepastu sambil menikmati pemandangan dari atas , Myuntie pula ( Maksu ) datang kebilik kiteorang bawakan kek batik . Sedap :)
Ok then sambung jelajah dalam bilik pula , kiteorg punya bilik ada dua . yg sambung kat tengah tu . maklumlah Family besar kan .


Hokay , dan kite semua turun kebawah , kempunan pulak kan nak jalan2 kat bawah . tengok kat atas jer tak syokk ! hehe .




Masa turun bawah tu sebelum pukul 5 lagi , kat sini memanglah cepat terbenam matahari . So Pukul 6 dah magrib . Jadi terpaksalah kiteorg naik kebilik .

Malam tu just makan kat bilik jer , sebabnya susah nak cari kedai makan yang bersih . esok pulak kiteorang pi jalan2 kat RUMAH TERBALIK . memang taktipu langsung ! semua terbalik .



Nak masuk tu kena caj RM10 sahaja . Harap maaf , Kat dalam rumah tu tak boleh amik gamba . Kalau sesiapa amik gamba akan dicaj RM100 untuk each pic .

Lepastu kiteorang pegi kaki gunung kinabalu . Untuk sampai kesana mengambil masa sejam . Dan termuntah2 pulak tu sebab jalan dia pusing2 . Pening !
Tak banyak gamba pun katsana . sebab semuanya dah mabuk2 . Jadi dh tak exited pulak nk ambik gamba . Lepastu sebelum balik pegy makan dekat Jesselton point . Dekat jer dengan hotel kiteorg.
And then , Balik .Malam tu pulak kiteorg Layan Maggi jer . no plan untuk kemana-mana .
Hari ketiga My grandma , paksumi and maksu dah bertolak balik KL . tinggal kiteorang-kiteorg satu family jer . dah check out dari hotel , sambil2 tunggu kawan papa ambik , kiteorg posing2 dulu kat Ballroom .


Lepastu kawan papa datang , kiteorag pon pergi check in dekat Likas apartment . Tersangatlah cantik apartmen tu . Then lepak2 kat ctu jer . Adik2 semua main swimming pool . Aku ? tolong guard dyorg jer . Then malam pulak pegi rumah kawan papa . Makan2 katsana .
Mungkin sebab dah lama papa tak jumpa geng2 dia kan ? sebabtu borak2 sampai lupa dah tengah malaam dah pun . taknak balik eh wahai papaku ? ok semua buat2 muka mengantuk , lepastu barulah boleh balik ke apartment .

esok tu pulak pegy Shopping ! start dari pasar yang jual2 macam keropok2 and buah , kiteorang jalan pegi pasar Philipine . lepastu jalan lagi pegy pasar basah . penat woo ~ .

then pegy makan lagy dekat tempat arytu . Sebab bukan senang nak cari kedai melayu . Sudah2 makan tu pergi check tiket , sebab esok tu nak pegy Pulau . so mama and papa buat survey pulau ape yang best . My younger brothet mungkin sudak bored maka dia buat prangai . Baring2 atas lantai .
Then balik . Malam pulak pegy makan seafood yang bakar kosong jer . Fresh lgy tu .

 Pagi esok tu , kiteorg subuh2 lagy siap nak pegy Pulau Mamutik . Seronok pulak kan dapat naik speedboat .



selamat sampai ke Pulau Mamutik .Dan tersangatlah exited nak snookling (yg selam2 kepala nampak ikan tu ) ehee . lepastu makan2 bekalan yg bawak sendiri kat sana .



Lepastu dah sudah2 makan , main laut , kiteorg balik dengan speedboat tadi tu .

Then kiteorg balik apartmen rehat2 . malam pulak lagy sekaly pegy makan seafood , tapi yang masak macam2 jenis masakan . Sedap tak terhingga .

Esok tu dah nak balik , awal2 lagy dah check out apartment , sebelum  pegy airport kteorg pegy solat zohor dan jamak asar dekat masjid negeri . lepastu pegy makan2 dengan kawan papa dulu . Then barulah pegy airport .


Tersangatlah awal kiteorg samapi kat airport , So terpaksalah kiteorg lepak2 kat sana dulu . Lepastu solat2 magrib and jamak isyak . Then kiteorg chek in tempat pelepasan . Lepak2 kejap sambil tunggu Fligth ready . So lepas2 dah ready semua , kiteorg pon Fly ke KL .


Iskk .. BYE Sabah :) Tersangatlah happy dapat pegy sana . Insyaallah pegy lagi kalau ada peluang .

XOXOXO